Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas
itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:
“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam
kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi
mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat
yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan
jawapan yang mengejek:
“Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak
ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri
tidak pernah menasihatiku? Apakah
kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas
menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak
kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal
berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak
cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada
orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini
dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam
untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia
sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut
sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,
wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang
yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua
yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati
hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia
akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas
pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka
pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa
nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu
telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para
penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana
kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang
ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan
raya.Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar
Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar